The Miracle of “FOOD!”

Keajaiban Kandungan Makanan

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah“. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[al-An’aam 6:145]

 

Khazanah Pengetahuan

Sesiapa pun yang memikirkan mengenai makanan yang dimakannya, walaupun sedikit makanan yang diambil ketika sarapan, pasti banyak kelebihan yang diperolehi. Dari segi rasa dan aroma roti misalnya, madu, keju, tomato, teh, susu, buah-buahan sehingga kepada kepentingan makanan tersebut serta warna-warninya semua merupakan nikmat. Subhanallah..

Semua makanan yang diambil mengandungi protein dan zat yang tersendiri. Untuk menjalani hidup yang sihat, makanan yang seimbang adalah perlu. Menariknya, hal ini bukan sesuatu yang sukar bagi kita, malah merupakan sesuatu yang boleh kita nikmati.

Baik buah-buahan, nasi, lauk pauk dan segala jenis makanan yang enak lazat, mampu memberikan manfaat kepada tubuh badan.

“Setiap makanan atau minuman itu merupakan ciptaan yang mengagumkan”

Sebagai contoh madu yang dihasilkan oleh sekecil-kecil lebah. Oleh sebab keistimewaan kandungan mineral dan vitamin dari madu inilah ia sangat berguna untuk kesihatan dan ubat bagi manusia, sebagaimana yang dikuatkan dalam firman Allah:

 

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

[an-Nahl 16:68-69]

Sumber:

1. Miracle, The Reference

2. Harun Yahya, 24 Jam dalam Kehidupan Muslim, 2003

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Days I Wrote..

December 2016
M T W T F S S
« Sep    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: