Bersuami Soleh <3 Beristeri Solehah

Entri ini merupakan tambahan bagi entri kupasan buku “Isteri yang Membahgiakan Suami”  by Mohammed Abdul Halim.

Suka untuk saya berkongsi ringkasan antara perkara yang mampu seorang isteri itu lakukan untuk membahagiakan suami:

  1. Mempamer wajah yang ceria
  2. berhias dan berwangian
  3. Melafazkan kata-kata dengan suara yang lembut
  4. selalu bersederhana dan tidak membebankan kemampuan suami
  5. Sentiasa bersyukur atas apa yang suami berikan
  6. Ucapkanlah kata terima kasih walau sekelumit perkara
  7. mengorbankan harta, masa, kehendak dan apa sahaja demi suami tercinta
  8. Tidak menunjukkan kesombongan atas kehebatan diri yang melebihi suami
  9. Sekiranya melakukan kesalahan perlu meminta maaf dengan ikhlas
  10. Berlapang dada terhadap kekurangan suami.
  11. Setia terhadap suami
  12. menjaga hak dan kehormatan suami

suka untuk saya berkongsi sebuah hadis yang agak panjang, sebagai kesimpulan untuk isteri yang mahu membahagiakan suaminya:

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Seorang isteri yang beriman kepada Allah tidak dibenarkan memasukkan seseorang ke dalam rumah suaminya jika orang tersebut tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan keluar rumah jika hal itu tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan patuh kepada sesiapa pun di rumahnya kecuali kepada suaminya. Seorang isteri tidak boleh menjauh dari tempat tidur suaminya dan tidak boleh menyakiti hatinya di tempat tidur. Sekiranya suami merasa dizalimi ataupun tersinggung maka isteri hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suaminya reda dan memaafkan. Dan jika suami menerima maka isteri tersebut telah mendapat hadiah dan nikmat paling besar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan menerima permintaan maafnya dan sekaligus menghapuskan dosanya. Lain halnya jika suami belum dapat memaafkannya namun permintaan maaf dari isteri tersebut jelas sudah sampai kepada Allah s.w.t.” [HR Hakim]

Ingatlah bahawa:

“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]

Berbahagialah dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya tidak ada janji yang lebih benar daripada janji Allah s.w.t.

 

* * * * * * * * * *

Bagaimana pula adab-adab suami terhadap isteri?

Ringkasnya, senarai ini diambil dari majalah Solusi Isu No.29 m/s 80:

  1. Mengajar dan mendidik ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita.
  2. Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pikullah tetapi jangan sampai mencederakan si isteri.
  3. Bersabar dengan karenah isteri. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) bersabar di atas perangai buruk suaminya, nescaya dia dianugerahkan Allah pahala seperti Asiyah isteri kepada Firaun.”
  4. Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yang (tidak disukai) dan menyalahi syariat.
  5. Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.
  6. Cemburu tidak keterlaluan agar terelak dari sengketa yang ditakuti membawa kepada perceraian.
  7. Menjaga penampilan, kemas dan bersih. Ibn Abbas berkata: “Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku.”
  8. Redha akan isterinya kerana itulah yang akan memudahkannya untuk masuk syurga. (Suami yang tidak redha akan isterinya pasti akan menyebabkan isterinya dihukum baik di dunia mahupun di akhirat.)

 

* * * * * * * * * *

Teman, secara jujurnya saya sendiri masih belum mampu memenuhi semua perkara di atas. Namun setiap kali membaca info berkenaan “Syurga Rumah Tangga” ia memotivasikan diri saya untuk memperbaiki diri inshaAllah.

Pesanan saya:

Sebelum memerhati perkara yang harus isteri anda penuhi (sekiranya anda seorang suami), perhatikanlah dahulu perkara apa yang perlu anda penuhi. Dan sekiranya anda seorang isteri, perhatikanlah dahulu perkara yang perlu anda lakukan sebelum menuntut adab suami kepada anda.

Wallah a’lam.

Ayuh bersama saling belajar membina syurga rumah tangga yang diredhai Allah…

2 Comments (+add yours?)

  1. pengomen
    Aug 27, 2011 @ 12:21:46

    this is very good effort on your part, keep it up.
    hoping many2 more are willing to do something like this

    Reply

  2. mukminpro
    Sep 26, 2011 @ 12:20:50

    bila nak update?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Days I Wrote..

July 2011
M T W T F S S
« Jun   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: