Jealousy is something sweet..

Got this from a random article:

(I apologize to non-malay readers since this entry will be in Malay language)

CEMBURU
Oleh : Qurratu A’Yun
Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih
sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang
dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud
dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik
kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan
terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang
berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa
cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.
Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar
untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’
seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan
jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk
dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang
lain…

Artikel penuh, klik di sini

* * * * *

SEDANGKAN Rasulullah s.a.w juga cemburu pada ketika berlaku ‘gossip’ (fitnah) antara isteri baginda A’isyah r.a dan salah seorang sahabat baginda yang ‘gentleman’ (tidak membiarkan wanita di tengah perjalanan) gara-gara tertinggal rombongan kaum muslimin. Ketika itu, baginda ‘merajuk’  dengan A’isyah. Namun selepas Allah mewahyukan surah 24. An-Nur, ayat 11 hingga 26, baginda bergembira kerana Allah s.w.t telah membersihkan A’isyah r.a. daripada fitnah orang munafik.

 

“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu,

orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan,

menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri,

dan berkata:

“Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”. [an-Nuur 24:12]

 

Insha Allah sahih Muslim cerita lengkap kisah di atas.

 

*  *  *  *  *

JUGA diriwayatkan bagaimana suatu peristiwa di zaman Nabi s.a.w. Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku.”

Maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu Nabi memberi respond: “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad? Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.”

[Bukhari & Muslim]

 

“…jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa
mesti kita merasa cemburu terhadapnya.”

 

Kesimpulannya

“Jealousy is actually something sweet.” can’t you feel it? ^^

 

ps: bersederhanalah…

5 Comments (+add yours?)

  1. Monica
    Oct 26, 2010 @ 14:25:53

    I like your website very much. You introduced me to a new singer, whose songs are very moving and gentle. I used Google translator to translate this page and though some of it is off, I think, I understood most of it and I agree. Thank you for posting and thank you for being proud of who you are. Though I am not Muslim, I am respectful of all beliefs. God bless you always!🙂

    Reply

    • senseino
      Oct 26, 2010 @ 23:58:34

      I tried using Google translator and found out ‘cemburu tandanya sayang’ in Malay language has been wrongly translated into ‘jealous baby sign’ (Grin). I’m sorry about that, it actually means ‘jealousy is the sign of love’.

      Monica, I honestly thank you for your comment. Hope you like other songs too! And may God bless you too🙂

      Reply

  2. mukmin professional
    Oct 26, 2010 @ 21:10:12

    Alhamdulillah,…syabas…bagus artikel ni…tp last paragraph 2 mcm saya kenal ambil dr mne….apabila seorg lelaki i2 mencintai seorg perempuan, maka dia akn mula merasa cemburu apabila perempuan yg dicintainya mula mendpt perhatian drpd lelaki lain…cemburunya itu adalah suatu tindakan yg wajar krn utk menjaga keberkahan perhubungannya supaya sentiasa dilindungi n dirahmati Allah S.W.T….teruskan usaha anda

    Reply

    • senseino
      Oct 27, 2010 @ 00:09:44

      Alhamdulillah juga, terima kasih atas komen yang diberi. Saya bersetuju dengan pendapat mukmin professional, dengan cemburu (yang tak buta) maka datangnya kemanisan berkasih sayang kerana Allah.. btw, last pragraph itu diambil daripada fb seorang saudara (yang dipercayai) dan diubahsuai sedikit susunan perkataannya.. maaf jika dianggap plagiarism

      Reply

  3. fnd
    Oct 31, 2010 @ 06:04:20

    part of human nature no? everyone feels it one way or another. the way we respond to the feeling defines who we are.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Days I Wrote..

October 2010
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
%d bloggers like this: