“Da’i atau Daki?” by ibafame

Apakah itu dakwah?

Dakwah ialah mengajak kpd kebaikan dan menghalang drpd kerosakan .Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya.Cukuplah utk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.

Saya bukan da’ei tapi saya daki

Sesuatu yg menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam.Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi ikhtibar.Saya terkilan dgn beberapa kelompok manusia yg kononnya melaksanakan dakwah,melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dlm masa yg sama dia tertinggal satu elemen yg sgt penting dlm berdakwah.

Peristiwa ini berlaku kpd kenalan saya sendiri.Dia hebat.Dalam banyak perkara,saya kagum dengan dia.Cuma saya terkilan dgn tindakan melulunya yg melabel manusia dgn gelaran yg buruk.Tiada sifat berbaik sangka.

Bersangka Baik

Husnu dzon . Semua org tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tapi tak tahu nak praktik. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin org yg kita tegur tu, hari ni dia tak nak dengar, tapi jgn sesekali kita buruk-burukkan dan canang-canangkan keburukan dia.

Pada zaman Rasulallah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama org-org munafik dan ia adalah rahsia. Ia rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama org munafik, apakah kita lebih mulia drpd rasulullah utk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu org yg tertutup hati?

Menanam Bunga

Bagi saya,org yg berdakwah ini sama seperti org yg menanam bunga.Ini bukan kerja yg hasilnya ekspress.kita tak boleh mengaharap bahawa hari ni kita dakwah,esok dia akan terima.Tidak sama sekali!Dakwah juga bukan kerja yg sekali-sekala.Sama mcm org tanam bunga,kerjanya takkan selesai dgn hanya menyemai benih.Banyak lagi yg di perlu buat.Dia perlu menyiram,membaja dan melindungi pokok drpd serangan serangga perosak.

Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad’u hari-hari.Nasihat hari-hari.Sayang pun hari-hari.dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dgn mereka baik.Usah kita mudah melaknat pokok yg belum berbunga,kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang,airnya tak cukup,atau mungkin climate atau environmentnya tak sihat.Siapa tahu?Atau mungkin juga kerana Tuhan mmg tak mahu ia tumbuh,siapa boleh bantah?

Artikel penuh di Paksi.net

2 Comments (+add yours?)

  1. MOHD SHAHNOM BIN ISMAIL
    Sep 29, 2010 @ 20:27:46

    Assalamualaikum wbt

    ‘Amr Bin Hisyam diberi nama gelaran yang begitu buruk oleh Nabi Muhammad saw hinggakan hari ini orang tidak tahu siapa itu A’mr Bin Hisyam, orang lebih kenal beliau dengan nama Abu Jahal.

    …………….

    Di sini, dipetik satu pandangan yang membolehkannya berdasarkan beberapa sandaran untuk menjadi renungan kita bersama.

    PERTAMA:Di awal dakwah, nabi SAW naik atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW.

    Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

    Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya ;تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ “celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka” (Surah Al-lahab : 1)

    KEDUA: Firman Allah ;وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ “

    “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: “Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka.” Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim“(Surah Hud : 18)

    KETIGA: Firman Allah;أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ “

    “Mereka itu (orang yang zalim), balasannya ialah: bahwasanya la’nat Allah ditimpakan kepada mereka, (demikian pula) la’nat para malaikat dan manusia seluruhnya”(Surah Al-Imran : 87)

    KEEMPAT: Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya; اللَّهُمَّ الْعَنْ فُلَانًا وَفُلَانًا وَفُلَانًا

    “Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan” Doa ini dibaca oleh nabi SAW setelah membaca ;سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ “telah mendengar oleh Allah terhadap mereka yang memujinya. Wahai tuhan, kepujian itu layak untuk kamu” (Al-Bukhari : 3762)

    KELIMA: Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

    “Ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah”

    Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya; لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ”

    “Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Imran : 128)

    Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh Nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik. (At-tarmizi : 2930)

    KEENAM: Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ، وَنَدْفَعُكَ فِي نُحُورِهِمْ

    “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka” (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

    * maksud dengan doa “kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka”, adalah doa agar mereka binasa.

    ISTIDLAL Dari Ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi SAW ini, dilihat bahawa Allah sendiri membenarkan ungkapan celaan dan laknat diberikan kepada mereka yang zalim.

    Bukan sekadar itu sahaja, mendoakan agar diberikan laknat kepada mereka terbabit pun dibenarkan dalam islam.

    Makanya, terlebih dibenarkan dalam islam apabila mendoakan kecelakaan seseorang itu ‘dita’liqkan’(digantungkan/dikaitkan) dengan sesuatu amalan kezaliman yang bakal dilakukan.

    Ia sedikit sebanyak, merupakan salah satu cara untuk mencegah seseorang itu daripada melakukan kezaliman.

    Sabda nabi SAW;انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

    “tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim”Seorang lelaki bertanya, “wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?”Jawab nabi, “berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia” (Al-bukhari : 6438)

    Dari hadis ini, amat nyata bahawa Nabi SAW menyatakan bahawa perlu dilakukan tindakan yang boleh memberhentikan seseorang yang zalim itu daripada dia melakukan kezaliman.

    Justeru, jika dengan cara menyebut akan berdoa kebinasaan terhadap orang yang zalim dapat memberhentikan dia dari melakukan kezaliman, maka itu merupakan tindakan yang tidak salah dalam islam, malahan ia adalah sesuatu yang disyariatkan dalam islam.

    Oleh : Al-Fadhil Al-Ustaz Yusuf Embong

    Klik sini untuk bacaan lanjut : http://dppktapah.blogspot.com/2010/03/doa-laknat-kata-menteri-jaga-agama-vs.html

    ………………..

    Daki atau Da’ie ?
    Pasti anda setuju jika dikatakan semua da’ie itu ber’daki’
    Kadangkala kita sangka mereka bersangka buruk terhadap orang lain, walhal sahabat kita itu sebenarnya tahu kedudukan sebenar dan tidak bersandarkan sangkaan semata-mata.

    Jzk

    Reply

    • senseino
      Sep 30, 2010 @ 09:51:29

      Jzkk for a critical comment…
      Nabi berdoa begitu kerana baginda adalah nabi, dan segala tindakan nabi bukanlah kerana nafsu dan persangkaan buruk.

      sekadar menjelaskan pandangan penulis yang nyata kebanyakan pembaca faham, kita perlu berhusnudzon (bersangka baik) dan elakkan bersu’udzon (bersangka buruk). ditambah lagi daei atau bukan daei terkadang bersangka buruk dengan si fulan atau si fulan, malah menghebahkan keburukan itu adalah suatu perkara yang Allah marah (membuka ‘aib orang lain). jelasnya itu adalah point penulis.

      moga kita semua tidak bersu’udzon dengan penulis.
      wallah a’lam

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Days I Wrote..

September 2010
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: