Ramadan Terakhir buat Tok Teh…

28 Ramadan 1431H

Pagi itu cuaca sejuk luar biasa.

Malam tadi seusai teraweh di masjid, kelibat abah tak kelihatan. Hati berkata, pasti ada sesuatu yang penting menyebabkan abah terpaksa membiarkan Acik pulang sendiri. Sesampainya di rumah, berita tok teh memuntahkan darah memukul gegendang telinga Acik.

* * * * *

“Acik, bangun! Tok teh, bila ditekan (rawatan CPR) dadanya dah tak ada apa-apa.” sebaris ayat Along mengejutkan tidurnya. Kedengaran Along memanggil Angah dan Acu.

Lantas mereka terus bersiap untuk ke Hospital Pakar Utama. Sementara Angah memanaskan enjin kereta dan menanti Acu, Acik menelefon Mak Long yang jangkanya sudah tiba di hospital.

“Hello, assalamualaikum Mak Long,”

Suara esakan kedengaran, hati Acik berdebar-debar menunggu baris ayat yang akan diucapkan.

“Tok teh… dah tak ada..”

Sebak memukul-mukul dada.

Along dan Angah terpaku.

* * * * *

“Assalamualaikum tok teh,” ceria Acik menelefon, menyapa adik perempuan kepada arwah neneknya itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah,” seperti biasa, gaya tok teh yang bersahaja menyahut salam cucu saudaranya.

“Tok teh sihat? Dah sembahyang maghrib ke?” Acik memulakan pertanyaan. Maklumlah, baru selesai berbuka puasa. Tujuannya menelefon tok teh saat itu atas cadangan abah kerana inginkan pendapat tok teh dalam sesuatu perkara. Jadi, pasti akan memakan masa yang agak lama – setengah jam jugalah berborak di telefon masa tu.

Mereka berbual dari satu topik ke topik yang lain, Acik masih mencari waktu yang sesuai untuk meluahkan pertanyaan. Teringat buku 101 Word Search dan Sudoku yang diberi kepada tok teh, Acik bertukar cerita.

“Tok teh dah habiskan buku Word Search awak tu,” tok teh tergelak kecil di hujung kata-katanya. “Tapi yang Sudoku tu susah sikit, ni tok teh tengah nak buat.”

“Ala, tak apa je tok teh. Kalau orang, bila entahnya nak buat. Time tak kerja lagi hari tu, ada lah juga masa.”

“Iyalah, dah mengajar ni memang tak ada masa. Kawan tok teh dulu, cikgu matematik juga. Mengajar matematik ni bukan senang….” begitulah kiranya kalau perbualan dengan tok teh. Dari satu cerita yang pendek boleh menjadi panjang dan meleret-leret. Banyak cerita berkisar pengalamannya mengajar, cukup memberikan kesan dan pengajaran buat Acik.

“Tok teh, sebenarnya orang nak tanya ni.”

“Hm,”

“Abah suruh minta pendapat tok teh, sebab ada kawan orang ni, dia kenalkan kawan dia, orang tak brape kenal sangat pun. Tapi orangnya baik-baik, jenis yang baca Quran, solat.”

“Siapa nama dia?”

Acik menyebutkan nama penuhnya dan langsung bercerita serba sedikit tentang latar belakang keluarga, pelajarannya, asal dari mana dan sebagainya. Sekali sekala tok teh mencelah bergurau, mereka tertawa.

“Dia tinggi ke awak tinggi? Nanti jalan sebelah…” tok teh tidak meneruskan kata-kata dan hanya tertawa disambut Acik.

“Tinggi sikit, lebih kurang.” Acik hanya tersenyum.

“Hm, kalau dari segi nama tu, cantik dah. Maksudnya terpelihara. Pelajaran pun bagus-bagus, insha Allah…” lalu perbualan diteruskan dengan beberapa soalan daripada tok teh dan cerita-cerita saudara mara sewaktu awal usia pertunangan sehingga ke pernikahan. Banyaklah antara nasihat-nasihat tok teh yang di selakan dengan gurauan mencuit hati Acik.

Gambarannya seolah-olah tok teh pun berasa gembira dengan berita ini. Malah ada terdetik untuk tok teh berada di rumah bersama mak dan abah bertemu dan berkenalan dengannya.

“Tok teh tak nak datang sini lagi ke? Orang dah nak cuti minggu ni.” selama dua minggu awal ramadan itu tok teh berpuasa dan berbuka bersama di rumah bukit, namun mungkin kerana dia tinggal seorang di rumah itu, dia mahu pulang ke rumahnya sendiri.

“Sabtu ni insha Allah tok teh datang sana. Awak dah cuti, tok teh ada lah teman kat rumah tu, kalau tak sorang-sorang tak tau nak buat apa.” luahnya.

“Okeh, insha Allah jumpa Sabtu ni.”

Mereka menamatkan perbualan, dan hati Acik berbunga riang.

Walaupun begitu, oleh sebab beberapa perkara, mereka tidak dapat bertemu pada hari Sabtu sedangkan jauh di lubuk hati Acik berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama tok teh bermula cuti sekolah itu. Tekad di hati untuk menziarahi tok teh pada hari Isnin, namun ada urusan di rumah yang perlu diselesaikan. Hati berkata ‘Tak apalah, insha Allah esok pergi tengok tok teh’.

Siapa sangka, Isnin malam Selasa itu tok teh dikhabarkan berlaku pendarahan semula dan telah di bawa ke Hospital Pakar Utama….

Acik terkilan dengan diri sendiri.

* * * * *

Jasad yang terbujur kaku di ruang tamu rumah tok teh meruntun hati yang memandang.

Rumahnya dikemas, dibersihkan serba sedikit dan diberi ruang untuk tetamu yang akan hadir.

Acik mengemas meja lalu terjumpa dua buah buku kecil bertajuk Word Search dan Sudoku. Perasaan sebak memukul di dada. Tangan meneliti helaian demi helaian muka surat buku kecil itu, sehingga ke muka surat yang terakhir, tercatat ‘Selesai!’.

Agaknya tok teh menanti kedatanganku hari Sabtu kelmarin untuk menunjukkan kejayaannya menghabiskan buku tersebut…

Sedihnya menggambarkan keadaannya yang bersendirian di rumah itu, berpuasa dan berbuka…

Walaupun begitu, Acik bersyukur kerana Allah lebih menyayangi tok teh dan memanggilnya kembali setelah dipinjamkan buat beberapa ketika. Insha Allah terselamatlah tok teh daripada dosa noda dunia yang semakin membarah…

Petang itu, Acik mengenakan baju kurung coklat berbunga biru yang dipadankan dengan tudung biru. Kerana biru juga warna kesukaan arwah tok teh…

Volkswagen Biru

1431H, inilah Ramadan terakhir buat Tok teh…

dan mungkin juga buat kita…

Wallah a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Days I Wrote..

September 2010
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
%d bloggers like this: