Adik-beradik pun gaduh2 sayang..

“Sedangkan lidah lagikan tergigit..”

“Ya Allah, berikanlah berkat kepadaku melalui isteriku, dan berikanlah keberkatan kepada mereka melalui diriku. Ya Allah, satukanlah kami dengan kebaikan, dan pisahkanlah kami jika perpisahan itu memberikankebaikan pada kami semua.”

[Athar sahih riwayat Abd. Razzaq dalam al-Musannaf]

Dalam maksud doa ni, mungkin sesuai untuk lelaki sebab ia menggunakan istilah “isteriku”. Tapi sebenarnya dalam arabicnya menggunakan istilah ءاهلي yang boleh diambil maksud sebagai ‘ahli keluarga ku’. Jadi, sesuailah doa ini untuk dilakukan pada bila-bila masa dengan niat agar kasih sayang terjalin erat sesama ahli keluarga kita.

Jauhkanlah dari pertelingkahan, perpecahan kerana Allah dan Rasulullah bencikan manusia yang memutuskan silaturrahim.

Apabila berlaku percanggahan pendapat, redha aja. Ada istilah omputeh kata “agree to disagree”. Biasalah tu, be cool aja..

:)

Zuriat/anak-anak : Punca kebahagiaan berkeluarga @ Faktor ke neraka?

Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” [al-Furqan 25:74]

Begitulah doa yang sepatutnya setiap dari kita memohon kepada Allah agar terjamin kehidupan di akhirat kelak.

Pilihan untuk mendidik anak-anak terletak di tangan kedua-dua ibu bapa. Terpandang buku bertajuk “Shalih/Shalihah Sejak dari Rahim” menggambarkan betapa pentingnya tarbiyah/didikan terhadap anak-anak even sejak dalam rahim ibunya lagi.

Lapan bulan berada di alam rumah tangga mungkin terlalu ‘setahun jagung’ untuk saya bercerita perihal anak-anak. Namun, persediaan ke arah itu bagi saya adalah amat penting. Impian untuk membentuk dan melalui kehidupan keluarga sakinah/bahagia menjadi matlamat dalam berumah tangga, sekaligus mudah-mudahan mampu meraih redha Allah s.w.t.

 

“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur”.

Suka ingin saya kongsikan apa yang dapat dari hasil pembacaan buku-buku ilmiah:

Embrio sudah mempunyai Otak Sejak Usia 16 Hari (2minggu lebih)

“Walaupun begitu, otak ini masih sangat sederhana dan sukar dikenalpasti. Pada awal pembentukan ini, sel saraf pusat masih berupa lembaran lembut dan sederhana yang letaknya di ruang bahagian atas kepala. Sampai hari ke-24, bahagian yang menjadi bakal otak akan menonjol bentuknya dan akan berkembang pesat menjadi otak. Otak ini kemudian semakin mengalami penyempurnaan seiring dengan perkembangan bahagian tubuh lainnya.”

Subhanallah, mana mungkin hakikat kebesaran Allah ini dinafikan mereka yang tidak mempercayai Allah. Dalam pada seorang wanita yang mengalami perkembangan janin dalam rahimnya, pasti ada beribu berjuta lagi wanita lain di atas muka bumi ini yang melalui perkara yang sama. Apa mungkin perkara ini terjadi secara tiba-tiba? Pasti ada satu kuasa yang amat hebat disebalik proses kejadian yang menakjubkan ini… itulah Allah Subhaanahuwa Ta’ala.

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun (tua nyanyuk), supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

[al-Hajj 22:5]

Didiklah anak sehingga menjadi punca kebahagiaan dunia akhirat, bukannya jalan untuk ke neraka.

Wallah a’lam :)

New year 2012 = New commitment(s)

It seems that’ve been years I haven’t blog anything. Yet there were so many things happened in our lives.

As the new year begun, I flashback things that happened in the previous years…

If July 2010 was when I reported duty to serve the government, the whole year of 2011 was very much interesting – as many things that Alhamdulillah I’ve learnt for the first time:

  1. Being a form teacher (with so much tasks compare to a non-form teacher)
  2. Head of a club and conducted it (hopefully well)
  3. Hold a motivational event (successfully alhamdulillah)
  4. Started the first group of halaqa (NiCE)
  5. Being a wife for a great husband =)
  6. Being a daughter-in-law for a lovely parents
  7. Experiencing a great adventure with little life

(and the list goes on..)

So, 2012 is here. Everything looks the same but feels different. That is because I’m a new me with new commitments at school and at home. Hopefully I could cope well with everything inshaAllah. Ameen!

My Dearest Students ^^

image

Do you recognize these students?
If so, then you might be a student of the same school or maybe teacher – my colleague ^^

Welcome to my humble website.

These students that I wanted to highlight is because in the beginning of my first year in the morning session they seriously made my hands full! At that time I wasn’t be able to control the class. They were so full of themselves – which makes all respective teachers tired and groan everytime we entered this class.

However, as the time goes on. As their english teacher myself, I felt that I should just ‘redho’ of the way they are in order to acquire their attention. Sometimes I gave in, sometimes I showed my anger and sometimes I praise them for what they have done good – in front of others.

Alhamdulillah Allah gave me the strength and after few months we could adapt to each other. They do all the given works (reluctantly or obediently) and alhamdulillah we are good with each other (no more tayar pancit).

[Giggles]

ps: May Allah give them good fortune and they’d be good muslims inshaAllah ^^

For Ladies Only

image

In the midst of busiest day of the week – Saturday, alhamdulillah Allah gave me the privilege to have a seat in that jam-packed commuter. Phew!

The picture taken with intention to show mr. Hubby that i’m doing ok alhamdulillah ^^. I got a seat beside the window. (I can’t believe after a long while, I posted this – an ordinary situation)
[Giggles]

The extraordinary part was that I also got a chance to practice my japanese with a foreigner named Masumi-san. She was with her cute daughter – which I forgot to ask her name [Oops]. But I’m glad that Allah gave me good memory that I could converse (although not very well) and understood language other than my mother-tongue’s.

Conclusion: it’s not a waste to learn other language as it will give you confidence and feel blessed that Allah created us specially.

The Beloved “Second” ^^

Allah and Rasul is always the beloved ones ^^

Praised be to Allah who destined me with my beloved ‘second’.. Nothing is more promising than his presents around me. Although I haven’t got that real chance yet – to be able to be a good partner, I feel blessed that this person always give me Love unconditionally.. InshaAllah

May Allah blessed him =)

Bersuami Soleh <3 Beristeri Solehah

Entri ini merupakan tambahan bagi entri kupasan buku “Isteri yang Membahgiakan Suami”  by Mohammed Abdul Halim.

Suka untuk saya berkongsi ringkasan antara perkara yang mampu seorang isteri itu lakukan untuk membahagiakan suami:

  1. Mempamer wajah yang ceria
  2. berhias dan berwangian
  3. Melafazkan kata-kata dengan suara yang lembut
  4. selalu bersederhana dan tidak membebankan kemampuan suami
  5. Sentiasa bersyukur atas apa yang suami berikan
  6. Ucapkanlah kata terima kasih walau sekelumit perkara
  7. mengorbankan harta, masa, kehendak dan apa sahaja demi suami tercinta
  8. Tidak menunjukkan kesombongan atas kehebatan diri yang melebihi suami
  9. Sekiranya melakukan kesalahan perlu meminta maaf dengan ikhlas
  10. Berlapang dada terhadap kekurangan suami.
  11. Setia terhadap suami
  12. menjaga hak dan kehormatan suami

suka untuk saya berkongsi sebuah hadis yang agak panjang, sebagai kesimpulan untuk isteri yang mahu membahagiakan suaminya:

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. katanya: Baginda Rasul s.a.w telah bersabda: “Seorang isteri yang beriman kepada Allah tidak dibenarkan memasukkan seseorang ke dalam rumah suaminya jika orang tersebut tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan keluar rumah jika hal itu tidak disukai oleh suaminya. Seorang isteri tidak dibenarkan patuh kepada sesiapa pun di rumahnya kecuali kepada suaminya. Seorang isteri tidak boleh menjauh dari tempat tidur suaminya dan tidak boleh menyakiti hatinya di tempat tidur. Sekiranya suami merasa dizalimi ataupun tersinggung maka isteri hendaklah berusaha untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan suaminya reda dan memaafkan. Dan jika suami menerima maka isteri tersebut telah mendapat hadiah dan nikmat paling besar. Mudah-mudahan Allah s.w.t akan menerima permintaan maafnya dan sekaligus menghapuskan dosanya. Lain halnya jika suami belum dapat memaafkannya namun permintaan maaf dari isteri tersebut jelas sudah sampai kepada Allah s.w.t.” [HR Hakim]

Ingatlah bahawa:

“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.” [HR Ahmad]

Berbahagialah dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya tidak ada janji yang lebih benar daripada janji Allah s.w.t.

 

* * * * * * * * * *

Bagaimana pula adab-adab suami terhadap isteri?

Ringkasnya, senarai ini diambil dari majalah Solusi Isu No.29 m/s 80:

  1. Mengajar dan mendidik ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita.
  2. Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat. Jika si isteri ingkar, maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam, dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pikullah tetapi jangan sampai mencederakan si isteri.
  3. Bersabar dengan karenah isteri. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ayub dan sesiapa (isteri) bersabar di atas perangai buruk suaminya, nescaya dia dianugerahkan Allah pahala seperti Asiyah isteri kepada Firaun.”
  4. Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yang (tidak disukai) dan menyalahi syariat.
  5. Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.
  6. Cemburu tidak keterlaluan agar terelak dari sengketa yang ditakuti membawa kepada perceraian.
  7. Menjaga penampilan, kemas dan bersih. Ibn Abbas berkata: “Sesungguhnya aku senang berhias untuk isteri sebagaimana aku senang jika isteri berhias untukku.”
  8. Redha akan isterinya kerana itulah yang akan memudahkannya untuk masuk syurga. (Suami yang tidak redha akan isterinya pasti akan menyebabkan isterinya dihukum baik di dunia mahupun di akhirat.)

 

* * * * * * * * * *

Teman, secara jujurnya saya sendiri masih belum mampu memenuhi semua perkara di atas. Namun setiap kali membaca info berkenaan “Syurga Rumah Tangga” ia memotivasikan diri saya untuk memperbaiki diri inshaAllah.

Pesanan saya:

Sebelum memerhati perkara yang harus isteri anda penuhi (sekiranya anda seorang suami), perhatikanlah dahulu perkara apa yang perlu anda penuhi. Dan sekiranya anda seorang isteri, perhatikanlah dahulu perkara yang perlu anda lakukan sebelum menuntut adab suami kepada anda.

Wallah a’lam.

Ayuh bersama saling belajar membina syurga rumah tangga yang diredhai Allah…

Previous Older Entries

The Days I Wrote..

May 2012
M T W T F S S
« Feb    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.